Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Kesan mendalam buat artis seni Taiwan

TAIPEI – Apabila seorang pemain saksofon Chen Shen Ching di penjara semasa proses pembersihan politik ‘White Terror’ Taiwan, situasi itu memberikan kesan yang mendalam buat dirinya dan dengan memainkan alat muzik itu, membantu dia berpegang kepada kewarasannya. Ketika dipenjara, dia dilarang untuk menggunakan alat permainan itu dan dia telah melukis serta menghasilkan pelbagai bentuk karya seni termasuk beberapa buah lagu. Dia telah menghafal kesemua lagu itu selama 12 tahun di dalam penjara.

Sebagaimana pulau itu akan menyambut 30 tahun sejak undang-undang tentera ditarik, Chen adalah salah seorang dan beberapa penduduk Taiwan yang lain, kreatif dan ingin memastikan situasi gelap mereka tidak akan pernah dilupakan. Sekarang ketika berusia 75 tahun, dia terus menyanyikan lagu-lagu penjara di perhimpunan politik dan peristiwa hak asasi manusia. “Saya berharap orang ramai akan dapat mendengar, menyanyi dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah White Terror,” kata Chen kepada wartawan AFP.

Ketika berusia 32 tahun, beliau bekerja sebagai ahli muzik namun ketika di usia muda, Chen diberikan hukuman kerana menghasut selepas menyertai beberapa kumpulan yang menyokong kebebasan Taiwan semasa di bawah pemimpin nasionalis, Chiang Kai Shek. Ayahnya meninggal dunia tidak lama selepas dia ditangkap dan selepas itu dia telah menulis lagu bagi memberi penghormatan kepada ayahnya itu. “Saya mengajar orang lain untuk menyanyi namun kami sering menangis. Bagi pemuzik, mendengar lagu sedih membantu untuk melepaskan emosi sedih,” tambah Chen lagi kepada wartawan AFP.

Chen telah menghasilkan sekitar 20 buah lagu semasa dalam penjara yang mana kebanyakan lagunya bertemakan dan mencerminkan rintihan jiwa dan kesedihan. Chen dibebaskan pada tahun 1986 dan secara perlahan telah berjaya membina semula kehidupannya di Selatan Taiwan. Beliau masih mahu pulau itu sendiri berpecah dari China dan sering melakukan perhimpunan pro-kemerdekaan.

Beijing telah menganggap wilayah Taiwan sebagai wilayahnya dan mengatakan bahawa ia akan bertindak balas dengan kuat jika berlaku pengumuman perpecahan rasmi. Chen gembira kerana tidak pernah goyah dari kepercayaannya. “Saya melakukan apa yang saya buat untuk cita-cita saya, jadi saya tidak menyesal,” tambah Chen lagi kepada wartawan.

Chen telah menghasilkan sekitar 20 buah lagu semasa dalam penjara yang mana kebanyakan lagunya bertemakan dan mencerminkan rintihan jiwa dan kesedihan. – AFP
Chen telah menghasilkan sekitar 20 buah lagu semasa dalam penjara yang mana kebanyakan lagunya bertemakan dan mencerminkan rintihan jiwa dan kesedihan. – AFP

Darah dan seram

Chiang Kai Shek telah melarikan diri ke Taiwan pada tahun 1949, selepas mengalami kekalahan perang saudara kepada pasukan Komunis di tanah besar namun melihat dirinya sebagai penguasa yang sah di seluruh China. Di bawah pemerintahannya, kebanyakan ahli politik dibunuh dan di penjara, tidak ada akhbar bebas dan lagu-lagu yang dianggap kurang sopan atau pro-Komunis akan diharamkan.

Rekod rasmi menyatakan kira-kira 140,000 orang telah diuji oleh mahkamah tentera dan sebanyak 8,000 telah dikenakan tindakan keras. Ramai yang percaya bilangan itu sebenarnya lebih tinggi dari 8,000 orang. Chen telah dipenjarakan ketika berumur 20 tahun kerana telah menghasut selepas mencatatkan frasa antikerajaan di sebalik ujian kebolehan untuk askar tentera baru.

Dikeluarkan selepas dua tahun, dia telah mengambil sesi pembelajaran seni namun hanya melukis potret dan landskap kerana takut dipenjarakan sekali lagi. Selepas undang-undang tentera ditarik oleh anak Chiang, Chiang Ching Kuo pada 15 Julai 1987, dia dapat benar-benar meluahkan dirinya buat kali pertama. Sejak itu, hampir kesemua ciptaannya berkembang di sekitar ‘White Terror’.

“Saya sangat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan,” tambah Chen kepada wartawan AFP semasa berada di studionya di selatan Tainan. “Namun sebagai seorang artis seni, saya merasa amat bertuah kerana pengalaman itu telah memberikan saya satu motivasi yang mendalam untuk terus berkarya,” kata Chen lagi. Beliau telah menghasilkan sebuah lukisan di mana menggambarkan seorang wanita menjerit di hadapan kereta api manakala yang lain pula bertemakan hal sosial yang lain.

Sekarang ketika berusia 75 tahun, dia terus menyanyikan lagu-lagu penjara di perhimpunan politik dan peristiwa hak asasi manusia. – AFP
Sekarang ketika berusia 75 tahun, dia terus menyanyikan lagu-lagu penjara di perhimpunan politik dan peristiwa hak asasi manusia. – AFP
Dikeluarkan selepas dua tahun, dia telah mengambil sesi pembelajaran seni namun hanya melukis potret dan landskap kerana takut dipenjarakan sekali lagi. – AFP
Dikeluarkan selepas dua tahun, dia telah mengambil sesi pembelajaran seni namun hanya melukis potret dan landskap kerana takut dipenjarakan sekali lagi. – AFP

Sebahagian karyanya dipamerkan di dalam penjara yang terletak di pulau terpencil, Green Island yang telah ditukar ke pusat hak asasi manusia. “Saya rasa penggambaran artis mengenai peristiwa sejarah itu meninggalkan kesan yang lebih dalam kepada orang-orang daripada cerita ahli sejarah. Saya harap karya saya akan memberikan kesan kepada kita semua,” tambah Chen lagi kepada wartawan AFP.

Generasi muda

Parti Progresif Demokratik (DPP), Presiden Tsai Ing-Wen telah menganjurkan satu pesta muzik yang menampilkan band-band muda dan mempersembahkan lagu-lagu yang telah dilarang sebelum ini sebagai sebahagian daripada peringatan mengenai undang-undang akhir pemerintahan tentera. Terdapat juga pameran buku, majalah dan album yang diharamkan.

DPP berakar umbi dalam gerakan politik menentang Chiang dan bekas pemberontak telah menjadi pegawai tertinggi dan penggubal undang-undang. Pemuzik muda yang telah menyanyi di festival itu kebanyakannya dilahirkan selepas 1987, tetapi mengatakan mereka mahu memainkan peranan dalam menjaga sejarah hidup. Bassist dan penulis lagu, Mickey Yu dari Community Service Band berkata bahawa kakaknya dipukul semasa siasatan White Terror walaupun tidak pernah disabitkan kesalahan.

Kumpulannya itu akan menyanyikan lagu-lagu politik mereka sendiri serta beberapa buah lagu yang telah diharamkan sebelum ini seperti ‘Hometown at Dusk’ yang mana sebelum ini popular di senarai hitam.

“Sejarah pasti tidak boleh dilupakan. Ia harus menjadi pengajaran untuk kita semua,” tambah Mickey mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

Artikel sebelum iniBayern henti kejar Sanchez
Artikel seterusnyaRalat
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -