Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, laporan telah dibuat masing-masingnya di Balai Polis Bandar Seri Begawan, Balai Polis Muara dan Balai Polis Sengkurong untuk mengesan tiga orang pekerja perempuan Indonesia yang dipercayai lari daripada majikan mereka.

    Pekerja-pekerja terbabit ialah Painten, 33, dengan nombor pasport E0911219, Nining Sunengsih, 28, dengan nombor pasport E1095202 dan Sumiati, 31, dengan nombor pasport C7680505.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Nining Sunengsih
    Painten
    Sumiati

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...