Kesan pekerja lari daripada majikan

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Orang ramai diminta membantu Pasukan Polis Diraja Brunei mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan dari PPDB, laporan telah dibuat di Balai Polis Limau Manis, mengenai dengan tiga orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Sujon Miah yang berusia 28 tahun dengan nombor pasport, BM0862909, Sobuj Ali yang berusia 25 tahun dengan nombor pasport, BP0310283 dan Mohammad Aktar Hosen yang berusia 29 tahun dengan nombor pasport, BW0083944 yang lari daripada majikan mereka.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki-lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Limau Manis melalui talian 2683035, talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Md Sujon Miah
Sobuj Ali
Mohammad Aktar Hosen