Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesedaran dalam penggunaan internet

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet khususnya kepada para pelajar, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, hari ini, telah mengadakan Taklimat Kesedaran Keselamatan IT bertempat di auditorium, maktab berkenaan.

    Hadir bagi menyampaikan taklimat tersebut ialah wakil dari IT Protective Security Services Sdn Bhd (ITPSS), Awangku Mohd Farid bin Pengiran Aziz.

    Semasa taklimat itu, Awangku Mohd Farid menyentuh mengenai dengan perbuatan penyalahgunaan komputer, ancaman yang mungkin terjadi melalui penggunaan internet dan juga beberapa kes kesalahan yang telah terjadi di negara ini.

    Menurutnya lagi, antara perbuatan penyalahgunaan komputer ialah seperti akses tanpa kebenaran kepada bahan komputer, akses dengan niat untuk melakukan kesalahan, pengubahsuaian tanpa kuasa bahan komputer dan sebagainya.

    Antara pelajar yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.
    Antara pelajar yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.

    Manakala antara ancaman siber yang boleh terjadi adalah seperti perisian dijangkiti, kejuruteraan sosial, penggodaman akaun, buli siber dan ‘online predator’. Beliau kemudian turut menerangkan mengenai beberapa kaedah yang betul untuk berhubung secara online dan diteruskan lagi dengan sesi soal jawab.

    Taklimat tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) maktab berkenaan telah dihadiri lebih 150 orang pelajar Pra Universiti 1 maktab tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda