Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kesedaran keselamatan siber diperkukuh

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Cyber Security Brunei (CSB) baru-baru ini telah mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Keselamatan Siber ASEAN-Jepun kali kedua tahun ini di ibu negara.

    Menurut kenyataan CSB, hari ini, delegasi Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh para pegawai kanan CSB, yang disertai oleh delegasi dari negara anggota ASEAN yang terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Jepun, dan Sekretariat ASEAN.

    Kumpulan kerja tersebut menyediakan platform yang baik bagi Brunei Darussalam dan negara-negara ASEAN lain bersama Jepun untuk berbincang dan menyelaraskan tindakan serantau dalam meningkatkan ketahanan keselamatan siber.

    Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pegawai Maklumat CSB, Awang Azman Iskandar Ariffin menyatakan bahawa mesyuarat itu memberikan peluang bagi kerjasama dan perkongsian strategi, pengetahuan, amalan terbaik, dan pengalaman untuk mengatasi isu dan cabaran keselamatan siber secara kolektif.

    Semasa mesyuarat dua hari itu, perbincangan difokuskan pada pembinaan kapasiti, peningkatan kesedaran, kolaborasi dan kerjasama dalam bidang keselamatan siber.

    Sejak 2019, Brunei Darussalam telah memainkan peranan utama dalam meningkatkan kesedaran bersama dalam kalangan negara-negara ASEAN. Salah satu aktiviti kolaboratif untuk tahun ini adalah pertandingan video kesedaran keselamatan siber bagi pelajar dari negara-negara ASEAN dan Jepun, yang dianjurkan oleh CSB.

    Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup daripada Kaunselor di Pusat Kesediaan dan Strategi Insiden Kebangsaan Jepun untuk Keselamatan Siber (NISC), Watanabe Nobuhiro.

    Awang Azman Iskandar Ariffin semasa bergambar ramai pada majlis tersebut. – Gambar serahan CSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...