
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko dari mendengar pemain audio digital, sekumpulan pelajar Tahun 3 dari Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengadakan pameran mengenai perkara berkenaan bermula 25 hingga 28 September di Pusat Pelajar, UBD.
Pameran yang diadakan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap kemungkinan hilangnya pendengaran melalui kebiasaan mendengar bunyi-bunyi besar dari pemain audio digital seperti pemain MP3, telefon bimbit, iPod dan komputer.
Selain itu, pameran juga bermatlamat untuk memberikan khidmat nasihat terhadap amalan pendengaran secara selamat untuk mengurangkan risiko dan menekankan tindakan yang orang ramai boleh ambil untuk mengelakkan kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh bunyi bising.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn