KOTA KINABALU, 24 MAC – Kerajaan Sabah akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi esok bagi membantu rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19 di negeri ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan mengumumkan pakej rangsangan itu selepas mesyuarat Kabinet negeri yang dijadualkan esok di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.
“Kita tahu ramai orang yang tertunggu-tunggu bila kerajaan Sabah mengumumkan pakej rangsangan itu dan esok kita akan umumkan apa pakej yang kita ada,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Keselamatan Negeri di sini, hari ini. – Bernama