Keselamatan dipertingkatkan

BIARRITZ, PERANCIS, 20 OGOS – Polis Perancis menubuhkan pusat pemeriksaan dan mengawal pantai Atlantik untuk menjamin keselamatan di pantai barat daya tatkala pemimpin dunia datang untuk menghadiri sidang kemuncak G-7.

Penunjuk perasaan juga mendirikan perkhemahan di bandar-bandar berhampiran sempadan Sepanyol semasa perhimpunan demokrasi dunia yang akan diadakan pada 24 hingga 26 Ogos ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menyertai Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan pemimpin Britain, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali di bandar taman peranginan Biarritz bagi persidangan tersebut. – AP