Keselamatan kanak-kanak di AS membimbangkan

BEIJING, 14 Mac – Kejadian jenayah seperti insiden tembakan dan keganasan yang berlaku di sekolah serta kekurangan pengawasan kerajaan yang berkesan terhadap penderaan kanak-kanak telah mengancam kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) secara fizikal dan mental, kata Rekod Hak Asasi Manusia AS pada tahun 2018 yang dikeluarkan oleh China hari ini.

“Persekitaran kehidupan kanak-kanak ini adalah sangat membimbangkan,” kata laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri.

Laporan tersebut menyebut bahawa insiden tembakan di sekolah sering berlaku di AS dan masalah keganasan sekolah juga dilihat semakin meningkat.

Menurut statistik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira satu daripada empat kanak-kanak di Amerika mengalami insiden penganiayaan dalam kehidupan mereka. – Xinhua