Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua pengguna jalan raya di mana pemandu kereta harus peka dengan pelari atau pejalan kaki dan pada masa yang sama, pengguna jalan raya lain seperti pejalan kaki, pelari, penunggang basikal juga harus peka serta berwaspada terhadap pemandu kenderaan.
Kesemua pengguna jalan raya ini perlu meningkatkan kesedaran dan mengamalkan penggunaan jalan raya yang selamat untuk semua.
Penekanan itu dibuat oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof kepada pihak media semasa Riadah Berbasikal di Bandarku Ceria dan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang bermula dan berakhir di Kementerian Perhubungan, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)