PAMERAN Kesenian India 2017 menjadi tumpuan dengan 90,000 pengunjung pada tahun ini. Acara itu diadakan di New Delhi bermula 2 sehingga 5 Februari yang lalu. Pameran tahunan itu menjadi platform utama Asia Selatan bagi kesenian moden dan kontemporari. Pada faktanya ia bertindak sebagai asas budaya yang kuat bagi kesenian di rantau itu. Pameran itu mengukuhkan lagi kedudukannya di antarabangsa sebagai platform terkemuka kesenian dunia.
Tahun ini berbagai penggemar kesenian, pengarah, penaung, kurator dan 72 pempamer termasuk penghimpun dari 19 buah bandar raya di seluruh India dan 23 buah negara di seluruh dunia adalah sebahagian dari pameran tersebut.
“Pameran Kesenian India adalah terlalu ikonik. Saya telah menjadi penyokong sejak acara perasmian dan lebih dari sepuluh tahun, ia menjadi seperti magnet yang menggabungkan bukan hanya satu galeri, tetapi pengumpul kesenian dan mereka yang mahu menjadi pengumpul. Saya menyaksikannya berkembang dan berubah menjadi sesuatu yang bukan hanya meletakkan India dalam peta kesenian kontemporari global tetapi juga mendefinisikan India bukan hanya sebagai pasaran kesenian yang sedang meningkat, tetapi sebagai pasaran kesenian yang relevan dan penting bagi seluruh dunia. Setiap tahun ia semakin lebih baik,’ kata Rajshree Pathy, Pengarah Pengasas, Forum Rekaan India. Pameran ini juga mengalu-alukan delegasi dari muzium-muzium yang berprestij termasuk The Met, MOMA, dan Guggenhiem di New York, TATE, Ahsmolean Museum di UK, Palais de Tokyo di Paris, Singapore Art Museum, M+ di Hong Kong adalah di antaranya.
“Pameran Kesenian India adalah sesuatu yang menarik memandangkan kami memiliki sifat ingin tahu yang semula jadi bagi apa yang berlaku dalam India kontemporari. Muzium mendapatkan kedudukan yang menarik terhadap minat dalam kesenian India, terutamanya sejak 10 tahun lalu, dan saya telah banyak mendengarkan mengenai pameran dan merasakan ia adalah penting untuk berada di sini,” kata Richard Armstrong, Pengarah, Solomon R. Guggenheim Museum and Foundation.
Peningkatan signifikan
Pameran Kesenian India menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pembeli antarabangsa dan pengumpul baru. Harga-harga karya adalah dari $1,000 sehingga $8 juta yang sudah tentu miliki artis terkemuka termasuk M.F. Husain, S.H. Raza dan yang lainnya.

“Edisi Pameran Kesenian India kali ini mencatatkan kejayaan besar, dengan jualan yang memberangsangkan dan penglibatan global dari lebih banyak institusi-institusi terkemuka dunia dan pengumpul dari sebelumnya. Kehadiran kuat institusi antarabangsa dan jumlah pengumpulan yang berkembang, baru dan muda menggambarkan minat peringkat tinggi di rantau ini. Ketika kami menghampiri ulang tahun ke sepulih kami, kami bersedia bagi tahun yang menarik, menjaga hubungan baru dan membangunkan kepakaran global kami sebagai sebahagian dari inisiatif Pameran Kesenian Serantau yang baru dari MCH Group,” kata Neha Kirpal, Pengasas Pengarah Pameran Kesenian India. Tahun ini menyaksikan sejumlah besar pengumpul dari Mumbai sejak penubuhan pameran itu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pameran Kesenian India 2017, keputusan tahun ini menunjukkan rekod tinggi dalam pasaran kesenian kontemporari dengan lebih dari 90 peratus galeri melaporkan jualan kuat. 94 peratus dari galeri India dan 85 peratus daripada jualan galeri antarabangsa. Lebih dari 30 peratus pempamer dijual kepada pengumpul di bawah 40, sementara 60 peratus dijual kepada pembeli baru dan pengumpul antarabangsa.
“Pameran Kesenian India dan komuniti kesenian Delhi dilihat bekerjasama dengan baik. Sebagai seorang pengumpul ia adalah menarik untuk diterima dengan baik oleh pengumpul yang berbeza, muzium dan galeri, yang mempunyai peluang untuk meletakkan pameran terbaik mereka, bukan hanya bagi pengunjung antarabangsa, tetapi juga bagi pengunjung India dan penduduk setempat. Pameran itu dilihat berkembang di tanah yang kaya dengan inisiatif persendirian, meningkatkan keinginan dan hasrat bagi budaya dan aktiviti artistik,’ kata Frederic de Goldschmidt, Pengumpul, Brussels.

Tahun ini pameran kesenian memiliki dasar kepelbagaian yang kuat dan menghimpunkan kanak-kanak lebih 32 buah sekolah awam di Delhi. Mereka juga membawa kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan orang yang berkeperluan khas menerusi beberapa acara jelajah dan teroka.
“Pameran Kesenian India memberikan forum penting bagi perbincangan penting yang sekarang jarang dilihat berlaku dalam sfera umum. Pameran itu meningkatkan dalam kedudukan ini, dan ia adalah bagi alasan tersebut saya merasa gembira untuk berada di sini. Saya suka datang ke Pameran Kesenian India memandangkan ia memberikan peluang yang hebat untuk mendapatkan kedudukan kontemporari kesenian India,” kata Sheena Wagstaff, Leonard A. Lauder, Pengerusi Kesenian Moden dan Kontemporari, The Metropolitan Museum of Art.
H.E. Sheika Hoor Al Qasimi, Presiden dan Pengarah Sharjah Art Foundation menyertai forum Speaker tahun ini. “Saya selalu mengalu-alukan peluang untuk datang dan mengunjungi Pameran Kesenian India. Saya mendapatinya ia adalah menarik dan saya mempunyai ramai artis dan rakan galeri di sini yang dijemput untuk menyertai Forum Speaker, adalah peluang yang hebat untuk kembali ke pameran,” katanya.
Salah satu tarikan utama pada pameran tahun ini adalah kesenian kereta ikonik dari BMW, rakan rasmi bagi acara tahun ini. “The BMW Art Cars adalah komponen yang sangat diperlukan dan platform teras terhadap penglibatan budaya kami. Ia adalah penciptaan unik menggabungkan automobil, teknologi, rekaan dan kesenian,’ kata Philipp von Sahr, Presiden BMW India. Sachin Tendulkar mendedahkan kesenian kereta BMW dihasilkan Sandro Chia di Pameran Kesenian India. Chia menghasilkan 13th Art Car for BMW pada tahun 1992 dengan BMW M3 GTR. – Agensi