Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kesesakan di pusat swab reda

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Gelombang ketiga pandemik di negara ini menyaksikan peningkatan dalam jumlah kes, dengan pusat-pusat ujian calitan atau swab di seluruh negara dibanjiri oleh orang ramai terutamanya kontak-kontak terdekat kes positif dalam masa beberapa hari kebelakangan ini.

    Antara gambar yang tular ialah ialah pusat tumpuan ramai, Pusat Swab Pandu Lalu BRIDEX, yang menyaksikan barisan kereta yang panjang, sehingga orang ramai terpaksa berjalan kaki ke pusat tersebut, ada kereta yang kehabisan minyak dan terpaksa ditunda ke tepi serta pekerja-pekerja yang bertugas di kawasan berdekatan juga terjejas dan terpaksa mengambil pendekatan berjalan kaki sahaja ke premis mereka.

    Menurut salah seorang warga tempatan yang turut beratur mendapatkan ujian swab dua hari lalu, orang terlalu ramai dan beliau yang beratur dari jam 7:30 pagi, hanya berjaya mendapatkan perkhidmatan itu pada jam 12:30 tengah hari.

    Walau bagaimanapun, wartawan Media Permata yang membuat tinjauan ke pusat tersebut hari ini mendapati ia kembali lengang dan tenang. Begitu juga kawasan sekitarnya yang tidak lagi mengalami kesesakan lalu lintas.

    Suasana itu susulan protokol kesihatan baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan bagi pengesanan COVID-19 di mana orang ramai tidak lagi dikehendaki menjalani ujian PCR kecuali atas arahan doktor.

    Ujian saringan pantas antigen (ART) kini menggantikan ujian swab PCR untuk menjadi ujian yang ditetapkan (default) bagi mengesan jika seseorang itu dijangkiti COVID-19 dengan mengikut protokol-protokol kesihatan yang baharu diperkenalkan dan diumumkan pada sidang media baru-baru ini.

    Dengan protokol itu, pengesanan kes-kes positif menjadi lebih efisien dan tepat dan pada masa yang sama secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas yang turut menjejaskan orang sekeliling.

    Jalan menuju ke pusat swab di BRIDEX kelihatan lengang semasa tinjauan wartawan kelmarin.
    Suasana di Pusat Swab Pandu Lalu BRIDEX lengang selepas protokol kesihatan kini tidak lagi mengehendaki kontak-kontak rapat menjalani ujian PCR di sana kecuali atas arahan doktor.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...