Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kesesuaian mekanisme harga karbon dinilai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Kementerian Tenaga maklum bahawa mekanisme harga karbon (Carbon Pricing) merupakan satu pendekatan dilaksanakan secara meluas di beberapa ekonomi di seluruh dunia termasuk di negara-negara jiran seperti Singapura.

    Harga karbon boleh menggalakkan pengurangan pelepasan karbon daripada pihak perindustrian termasuk pengendali tenaga melalui bekaedah cukai pelepasan karbon.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad mengenai Harga Karbon dan perkembangannya semasa permesyuaratan MMN, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan bahawa pada masa ini, Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS) di Kementerian Pembangunan dalam proses penilaian mekanisme yang paling sesuai bagi Negara Brunei Darussalam.

    Pada masa yang sama, Kementerian Tenaga adalah aktif dalam bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan bagi memastikan bahawa sektor tenaga terlibat dalam proses berkenaan.

    Terdahulu ketika menjawab persoalan berkenaan, Yang Berhormat Dato menerangkan bahawa Strategi 6 di bawah Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan merupakan salah satu strategi yang sangat berkait rapat dengan Strategi 1- Pelepasan Industri. Ia adalah salah satu strategi yang diusahakan di bawah naungan BCCS.

    Sementara itu, menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ahli MMN, Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari mengenai standard kontraktor khususnya bagi pemasangan pendawaian elektrik, Yang Berhormat Dato berkata, kementeriannya memandang serius terhadap aktiviti-aktiviti pemasangan dan pendawaian elektrik yang tidak selamat serta akan terus memantau serta memeriksa premis-premis melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) dalam memastikan pemasangan dan pendawaian elektrik adalah dibuat dengan teratur dan mengikut peraturan.

    Pada masa ini, kategori-kategori bagi pekerja elektrik yang berdaftar dengan JPE adalah E01, E02 dan E03. Yang Berhormat Dato menyambut baik saranan yang dikemukakan mengenai penggunaan bintang bagi standard kontraktor di mana ia akan diteliti dengan lebih lanjut oleh pihak kementerian.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...