Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesibukan tugas tidak jejas pengajian

    PENYANYI Sufian Suhaimi, 26, telah membuktikan kesibukannya dalam kerjaya seni tidak pernah menghalang dirinya untuk menamatkan pengajian dengan sempurna.

    Kini, pelantun lagu Di Matamu ini telah menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam selepas beberapa tahun berjuang melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Menurut Sufian sebagaimana yang dipetik daripada sebuah akhbar, dia begitu bersyukur dan menyifatkan kejayaan yang diperoleh itu adalah berkat doa dan sokongan kedua ibu bapanya.

    “Kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa sokongan daripada keluarga dan saya ingin dedikasikannya buat ibu bapa saya. Merekalah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk habiskan pengajian.

    “Saya terharu apabila mendapat tepukan gemuruh dalam dewan sewaktu menerima skrol. Meskipun saya tidak mencapai anugerah cemerlang namun sokongan diberikan sangat luar biasa,” katanya.

    Dalam pada itu, Sufian memberitahu terpaksa menangguhkan dahulu hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD biarpun telah mendapat tawaran kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang seni. – Agensi

    Sufian Suhaimi berjaya menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda