Kesihatan belum stabil

Buat masa ini, Mina memerlukan masa untuk menjaga dirinya sendiri dan JYP Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mengenai Mina pada bulan Julai di laman sesawang rasmi TWICE, “Buat masa sekarang Mina sedang mengalami rasa cemas dan berasa tidak yakin pada diri dalam membuat persembahan di atas pentas.”

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa beberapa perubatan profesional masih dalam perundingan dan Mina akan membuat persembahan TWICELIGHTS jelajah dunia sementara sahaja kerana keadaan dirinya buat masa ini yang memerlukan rawatan lebih, memerlukan langkah-langkah nasihat profesional dan berehat secukupnya.”

Para peminat terus menghantar salam sayang mereka kepada Mina selepas keadaan kesihatannya didedahkan. Hashtag #GetWell-SoonMina’ menjadi tular di seluruh dunia menerusi laman Twitter. Peminat juga telah menghantar mesej manis dan tulus kepada ahli TWICE, “merupakan seorang yang cantik di luar dan di dalam.”

Salah seorang peminatnya juga telah tweet, “Kesihatan mental sangat penting, oleh itu jaga diri baik-baik. Kami menghantarkan anda kasih sayang yang sangat banyak Mina.” Selain itu ada juga yang berkata, “ia sangat mendukacitakan apabila mendengar Mina sedang melalui masa yang sukar. Saya berharap beliau akan dapat berehat secukupnya dan menyokongnya sebanyak mana beliau perlukan. Kami akan sentiasa bersama anda selalu.” – Agensi

Mina dalam keadaan kurang sihat yang memerlukan rawatan yang lebih dan berehat dengan secukupnya. -Agensi