ADAKAH anda mengambil berat tentang kesihatan gigi anda? Adakah anda faham tentang penjagaan gigi yang tepat?
Gigi merupakan aset berharga yang selalu kita kena jaga. Tanpa adanya gigi, kita tak akan dapat merasakan betapa nikmatnya makan, mengigit serta mengunyah makanan.
Kesihatan gigi bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan begitu sahaja. Untuk merawat gigi agar tetap sihat dan kuat memerlukan rawatan maksimum serta penjagaan sejak dari kecil, bermula saatnya seorang anak damit itu tumbuh gigi.
Bagi ada yang menginginkan gigi yang putih, bersih dan tanpa karang gigi, berikut tip penjagaan gigi secara semulajadi, mudah dan murah:
1. Berus gigi dengan displin
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa segar dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.

Sekurang-kurangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Paling penting, sebelum tidur kerana sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu mengurangkan karang gigi.
Pilih berus gigi yang tepat, sekalipun anda beli murah!
Amalan memberus gigi secara teratur adalah langkah utama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Berus gigi dihasilkan dengan pelbagai tekstur berus, saiz dan bentuk.
Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang lembut kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi. Berus gigi biasanya diperbuat daripada serat sintetik, namun terdapat juga berus gigi dengan bahan semula jadi. Goldstein dan Hautman adalah pencipta pertama berus gigi pada tahun 1875.
Kepentingan memberus gigi:
– Mengelak mulut dan nafas berbau.
– Menghindarkan rasa tidak selesa pada mulut.
– Mengeluarkan sisa makanan dan bakteria yang terbentuk di dalam mulut.
– Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Bilakah berus gigi perlu ditukar?
– Apabila bulu berus gigi sudah kembang.
– Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk dan sakit tekak.
– Selepas menggunakannya selama tiga bulan.
Kekerapan memberus gigi
Berus gigi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari terutamanya selepas bangun tidur, makan dan malam sebelum tidur.
Tip penjagaan berus gigi
– Berus gigi dengan teliti terutamanya di hujung gusi dan di celah gigi.
– Pastikan berus gigi dikeringkan dan disimpan di tempat yang khas untuk mengelak kelembapan yang boleh mengalak pembiakan bakteria.
– Jangan berkongsi berus gigi dengan orang lain.
– Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan lapisan luar gigi.
Tip memilih berus gigi
– Saiz berus gigi bersesuaian dengan mulut.
– Mempunyai pemegang yang selesa. Tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.
– Pilih berus gigi yang berbulu lembut dan selesa.
2. Jaga pemakanan
Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.
Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida
Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.
Dinasihatkan 30 minit sebelum dan selepas menggunakan ubat cuci mulut ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ulser bagi yang mempunyai gusi sensitif.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan penskaleran
Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada setiap hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.
Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada anda tentang penjagaan gigi yang betul. Empat cara berkesan menghilangkan karang gigi:
Karang gigi merupakan plak gigi yang boleh mengganggu penampilan. Ini adalah kerana ia berkumpul dan menempel di bahagian celahan gigi sehingga membuatkan gigi menjadi kotor dan tidak terjaga.
Plak gigi itu sendiri terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang terdapat pada sisa makanan yang dimakan.Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak di atasi dengan cepat ia akan menyebabkan gigi anda berwarna kehitaman. Jadi,ketika anda melihat adanya plak atau karang gigi ini maka anda harus segera mencari cara menghilangkan karang gigi tersebut.
Selain itu, kehadiran karang gigi ini juga boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau yang tidak sedap. Ini adalah kerana terdapat gangguan sistem penghadaman dan pernafasan serta terjadinya infeksi pada gusi. Berikut beberapa cara menghilangkan karang gigi yang boleh anda lakukan:
1-Memberus gigi secara teratur
Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akan menjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.
2-Perbanyakan minum air
Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang. Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.
3-Makan buah epal
Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semula jadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semula jadi.Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.
4-Khasiat buah tembikai
Buah tembikai juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah itu mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Tembikai mengandungi serat semula jadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semula jadi.
5. Berkumur selepas makan
Jangan lupa untuk berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan. Selain itu anda digalakkan memberus gigi sejam selepas makan. Tetapi, anda tidak disarankan melakukannya sebaik sahaja selepas makan kerana ia akan menyebabkan gigi anda mudah rapuh dan rosak.
6. Kunyah gula-gula getah selepas makan
Selain tip penjagaan gigi di atas, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah ini akan berfungsi sebagai pembersih sisa-sisa makanan pada gigi. Cuma, apa yang perlu anda pastikan, pilih gula-gula getah yang kurang mengandungi gula dan tidak manis.
Penyebab utama gigi berlubang
Gigi berlubang boleh terjadi kepada semua peringkat usia manusia, daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Gigi berlubang juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dijumpai.
Gigi berlubang boleh menimbulkan rasa sakit yang tidak terperi. Bahkan rasa sakit yang disertai dengan rasa perit dan ngilu yang cukup menyeksakan.Biasanya rasa sakit tersebut muncul ketika lubang pada gigi sudah terlalu dalam dan mengenai salah satu saraf gusi yang boleh menyebabkan rasa perit.
Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab gigi berlubang, misalnya pengambilan makanan manis dan perbuatan yang salah terhadap penjagaan gigi. Berikut beberapa punca atau penyebab gigi berlubang yang perlu anda ketahui:
1-Cara memberus gigi yang salah
Sebenarnya masih ramai di antara kita yang memberus gigi dengan cara yang salah. Memberus gigi sebaiknya dilakukan selama satu hingga dua minit. Cara memberus gigi yang betul adalah bermula dari atas ke bawah dan bukannya dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Sebaiknya memberus gigi di depan cermin supaya anda boleh nampak kekotoran tersebut dan lebih mudah untuk membersihkannya.
2-Penggunaan berus gigi yang kurang tepat
Memilih berus gigi yang tidak sesuai dengan karakter rongga mulut juga boleh menjadi penyebab gigi berlubang. Berus gigi yang tidak sesuai menyebabkan sisa-sisa makanan di celahan gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna. Apatah lagi, jika bulu berus gigi yang dipilih terlalu kasar. Oleh sebab itulah, anda disarankan memilih bulu berus gigi yang lembut dengan ‘kepala’ mengecil. Ini adalah kerana ke dalam ruang gigi dalam mulut semakin mengecil.
3-Gula dan bakteria
Ada yang mengatakan gigi berlubang terjadi disebabkan dimakan ulat. Hakikatnya antara penyebab gigi berlubang disebabkan oleh gula dan bakteria. Ini adalah kerana bakteria akan mengubah gula daripada sisa-sisa makanan menjadi asid dan membuatkan kawasan mulut menjadi asid. Asid inilah yang kemudiannya membuat lubang kecil pada gigi yang mana akhirnya menjadi lubang yang lebih besar setelah kemasukan sisa-sisa makanan. Pada ketika itulah juga rasa sakit dan perit mula datang, terutama ketika anda mengunyah.
Tip untuk mencegah gigi berlubang
– Berus gigi paling kurang dua kali sehari. Pagi dan malam hari adalah waktu yang disarankan untuk memberus gigi. Sebaiknya gunakan ubat kumur setelah memberus gigi untuk mengurangkan pembiakan bakteria yang berpotensi merosakkan lapisan gigi.
– Pastikan anda memberus gigi dengan betul. Gosoklah gigi dari atas ke bawah untuk gigi depan atas, ke arah atas untuk gigi depan bawah, dan berus secara mendatar bagi gigi geraham. Bersihkan gigi geraham secara menyeluruh kerana sisa-sisa makanan biasanya lebih banyak menempel di gigi geraham.
– Salah satu penyebab gigi berlubang adalah keadaan asid rongga mulut yang disebabkan oleh bakteria. Untuk mencegah asid mulut, berkumurlah beberapa saat setelah makan untuk mengurangi sisa-sisa makanan yang melekat di celahan gigi. Gunakan ubat kumur yang mengandungi anti-bakteria bagi mengawal perkembangan bakteria yang menjadi penyebab gigi berlubang.
– Kurangkan pengambilan makanan manis kerana ia mempengaruhi asid rongga mulut yang boleh menjadi penyebab gigi berlubang. Sekiranya anda tidak dapat menghindari pengambilan makanan manis, anda disarankan segera berkumur setelah menikmati makanan tersebut.
Sisa-sisa makanan yang tertinggal, terutama di gigi bahagian depan sebaiknya dibersihkan menggunakan benang gigi daripada pencungkil gigi. Menggunakan benang gigi relatif lebih selamat kerana hujungnya tidak tajam. Menggunakan pencungkil gigi boleh melukai gusi dan menyebabkan celah gigi menjadi semakin melebar sehingga makanan mudah terselit.
Kesimpulan
Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, ini terjadi sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Apabila sudah sakit gigi, barulah kita mengeluh panjang. Jadi, untuk elakkan sebarang masalah gigi, mulut dan gusi, rajin-rajinlah menjaga kebersihan gigi serta memberusnya dengan betul. Amalkan tip di atas untuk mendapatkan gigi yang cantik serta mulut yang bersih. – Agensi

































