Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kesihatan Lady Gaga terjejas

    PENYANYI sensasi Lady Gaga terpaksa membatalkan konsertnya yang berlangsung di Barra Olympic Park, Rio di Brazil baru-baru ini.

    Gaga terpaksa berbuat demikian kerana sakit mengejut yang memaksa dirinya dikejarkan ke hospital.

    Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram @ladygaga, dia memberitahu sakitnya kali ini agak luar biasa sehingga perlu membatalkan konsert tersebut.

    Tulis pengendali laman sosialnya itu, Gaga mengalami beberapa kesakitan fizikal sehingga menganggu keupayaannya untuk mengadakan persembahan di Rock In Rio.

    “Gaga kini sedang dalam pengawasan pakar perubatan, malah dia menyampaikan salam sayang kepada semua peminat di Rio yang sentiasa memahami dan menyokongnya,” katanya menerusi foto tersebut.

    Lady Gaga terpaksa membatalkan konsert di Brazil kerana kesakitan fizikal yang dialaminya.

    Menerusi posting yang lain, penyanyi lagu Poker Face ini menjelaskan dia tidak begitu sihat untuk menjayakan konsert tersebut, malah berjanji untuk menjayakan konsert di tempat yang sama pada masa akan datang.

    “Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anda (peminat) tetapi saya juga perlu menjaga badan saya sekarang ini, saya janji akan datang lagi nanti,” tulisnya.

    Pembatalan konsert ini membuatkan ramai peminat Lady Gaga yang kecewa.

    Walau bagaimanapun, mereka tetap meninggalkan komen mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka ini cepat sembuh dan kini Gaga masih menerima rawatan di hospital.

    Dalam posting terbaru, Gaga memuat naik foto tatu di lehernya yang tertulis perkataan RIO yang bermaksud negeri di Brazil itu sudah dekat di hatinya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda