LEBIH 30 tahun berpengalaman dalam pembuatan ubat-ubatan herba di bawah jenama Hurix’s, Jin Bin Group terus komited untuk menggunakan herba yang berkualiti tinggi, teknologi yang moden dan berinovatif bagi pengeluaran produk, sekumpulan kakitangan yang berkelayakan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk.
Jin Bin Group juga menggunakan teknologi dan kaedah saintifik dalam proses pengekstrakan dan pemekatan herba yang mempunyai saiz molekul yang bersesuaian dan bioavaibiliti yang baik lebih mudah diserap oleh badan manusia. Dalam usaha untuk mengekalkan kualiti dan keselamatan produk, Jin Bin Group mengaplikasikan ujian ketepatan dan kepersisian untuk memastikan produk adalah selamat dan memenuhi parameter yang dikehendaki sekaligus melepasi piawaian Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang ketat.
Hurix’s 600 Fluaway (MAL04125620TC) merupakan antara produk terlaris yang boleh digunakan untuk melegakan selesema dengan segera. Di samping itu, ia juga boleh melegakan demam, sakit kepala dan sakit tekak. Ia tidak menyebabkan mengantuk dan keletihan selepas makan. Hurix’s 600 Fluaway turut dinobatkan sebagai pemenang HWB Award dari Watson’s untuk tempoh enam tahun berturut-turut sejak 2010 hingga 2015.
Manakala, “Hurix’s Cool Inhaler (MAL05092475TC) merupakan salah satu produk yang sangat laris di mana ia dapat membantu untuk melegakan hidung tersumbat dan selesema, melegakan hidung berair dan digunakan untuk mengurangkan keletihan dan menyegarkan tubuh anda.”
Selain itu, satu lagi produk yang mendapat perhatian terutamanya di pasaran Melayu adalah Hurix’s Sirap Ubat Batuk Gamat & Madu plus (MAL05041895TC) yang boleh digunakan untuk mengurangkan kahak, melegakan batuk, sakit tekak, suara serak, kepanasan badan dan selesema. Gamat juga digunakan untuk melegakan masalah pernafasan seperti batuk. Ia juga digunakan untuk membina sistem keimunan badan. Tambahan pula, bahagian pengeluaran sirap ubat batuk dilaksanakan secara sepenuh automatik yang digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran, mengurangkan kesilapan dan mengurangkan kontaminasi yang disebabkan oleh sentuhan manusia dan mengurangkan kos pengeluaran.
Sementara, Hurix’s Travel-Care (MAL09103005TC) telah direka khas oleh Jin Bin Group untuk individu yang mengalami masalah mabuk kenderaan, seperti mabuk kereta, mabuk laut atau mabuk apabila bergerak. Hurix’s Travel-Care digunakan untuk melegakan pening kepala, sakit kepala, loya, muntah-muntah ringan atau ketidakselesaan badan ketika dalam perjalanan. Ia dihasilkan daripada herba semulajadi, tidak menyebabkan mengantuk dan keletihan selepas makan. Anda boleh menikmati perjalanan dengan selesa.
Produk-produk Hurix’s di atas adalah produk terlaris yang utama di Hurix’s yang sesuai untuk dijadikan amalan untuk menjaga kesihatan di sepanjang bulan Syawal. Jin Bin Group juga mempunyai produk farmaseutikal lain. Jin Bin Group mula menerokai pasaran antarabangsa menerusi pengembangan jualan produk ke beberapa negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam dan Macau bagi mengukuhkan perolehan syarikat. Dengan menetapkan misi Hurix’s untuk menjaga kesihatan pelanggan, Jin Bin Group terus komited untuk menghasilkan produk dan ubat-ubatan yang berkualiti baik, sihat, semulajadi, dan mempunyai nilai yang berpatutan.