Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kesilapan manusia punca penangguhan penerbangan

    NEW YORK, 20 JAN – Masalah komputer yang memaksa penggantungan sementara penerbangan domestik Amerika Syarikat (AS) minggu lalu adalah disebabkan oleh kontraktor yang tersilap memadam fail, kata pengawal selia penerbangan negara itu baru-baru ini.

    Kerosakan pada fail pangkalan data telah pun dipastikan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) sebagai kemungkinan punca isu 11 Januari lalu, yang menyebabkan pembatalan dan penangguhan penerbangan di seluruh negara. Semasa gangguan selama berjam-jam itu, juruterbang tidak dapat mengakses sistem yang dikenali sebagai Notis kepada Misi Udara (NOTAM), yang menyediakan maklumat tentang bahaya, perubahan kepada kemudahan lapangan terbang dan maklumat yang boleh menjejaskan penerbangan.

    “Laporan awal menunjukkan bahawa kakitangan kontrak secara tidak sengaja memadamkan fail semasa berusaha untuk membetulkan penyegerakan antara pangkalan data utama dan pangkalan data sandaran,” menurut FAA baru-baru ini.

    Siasatan masih diteruskan, tetapi agensi itu berkata ia masih belum menemui sebarang bukti yang mengaitkan insiden itu dengan niat jahat atau sera-ngan siber. – AFP

    Seorang pengembara melihat papan maklumat penerbangan di Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...