Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Ketagih PUBG hingga bunuh keluarga

LAHORE, PAKISTAN, 31 JAN – Polis Pakistan hari ini menggesa agar permainan PUBG yang popular di seluruh dunia itu disekat selepas seorang remaja mengaku membunuh empat keluarganya kerana berang selepas bermain permainan online itu tanpa henti.

Polis berkata Ali Zain menembak mati ibu, dua kakak dan seorang abangnya pada 18 Januari dan mengakui semasa disoal siasat pada hujung minggu yang permainan itu telah mendorongnya kepada keganasan.

“Ini bukan insiden pertama seumpamanya,” kata polis penyiasat, Imran Kishwar kepada wartawan di bandar timur Lahore, menambah ‘oleh itu kami telah memutuskan untuk menyarankan ia ditegah’.

PUBG merupakan permainan online melibatkan pertempuran beramai-ramai yang mana pemenangnya adalah mangsa terselamat yang terakhir.
Kishwar berkata Ali, 18, berkurung di biliknya dan ketagihan kepada permainan tersebut.

Akhbar Dawn memetik pegawai polis Lahore sebagai berkata Ali ‘melepaskan tembakan ke arah keluarganya dengan anggapan yang mereka jua akan hidup semula, seperti yang berlaku dalam permainan tersebut’.

Sering disamakan seperti dalam buku dan filem bersiri The Hunger Games, PUBG telah menjadi salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia. Pihak berkuasa telekom di Pakistan sebelumnya telah menyekat sementara akses kepada permainan itu selepas aduan tentang kandungan ganasnya.

Permainan itu telah disekat – sementara atau kekal – di beberapa buah negara lain termasuk India dan China. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -