Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Ketahui perasaan anak, elak rasa kecewa

PENAT memandu pulang dari kerja tidak hilang lagi, tapi sampai di rumah anak sudah menangis minta ke taman permainan. Dalam fikiran terbayang banyak tugas menanti di dapur.

Tiada diketahui sama ada anak didahulukan Mana satu nak didahulukan sama ada ingin melayan anak mengamuk atau hendak ke taman permainan atau biarkan sahaja sebab tengah mengejar masa yang semakin suntuk.

Itu mungkin dilemma bagi kebanyakan ibu bekerja yang ada anak kecil berusia antara dua hingga tiga tahun.

Si kecil usia ini memang biasa menggunakan senjata mereka paling ampuh iaitu menangis dan mengamuk untuk memenuhi apa yang dikehendaki. Oleh kerana ibu dan bapa ‘tak kuasa’ nak layan tangisan dan amukan mereka maka biasanya semua kehendak si kecil akan dipenuhi.

Tetapi perlu diingat, jangan sampai anak menjadikan senjata ini untuk melemahkan anda dan menguasainya. Jangan sampai tantrum menjadi sebahagian daripada rutin harian si kecil. Paling penting sekali ibu dan bapa kena tahu apa punca anak mengamuk. Bila faham karektor anak dan punca dia suka mengamuk, maka mudahlah untuk mengawal situasi tersebut. Tidaklah sampai anak menangis dan mengamuk, ibu atau bapa pun sama naik angin.

Ketahui perasaan anak bagi mengelakkan rasa kekecewaan dalam diri mereka.
Ketahui perasaan anak bagi mengelakkan rasa kekecewaan dalam diri mereka.

Punca anak mengamuk

Terdapat beberapa perkara yang mencetuskan anak anda dari kerap mengamuk dan anda sendiri sebenarnya boleh membantu mengelakkan sesi jerit pekik yang berpanjangan jika tahu apa yang menyebabkan anak anda kecewa hingga mengamuk.

Apa pun, sebagai ibu bapa anda sebenarnya lebih faham perangai anak dan cuba elakkan daripada mencetuskan kemarahan anak dengan melakukan beberapa perkara ini.

Elak situasi genting

Anak belajar daripada reaksi anda sendiri. Kalau anda biasa belikan dia gula-gula di pasaraya bila dia menangis mahukannya, maka tahulah dia yang teknik menangis boleh membantu untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Jangan jadikan ‘pertunjukan’

Kalau anak nak buat perangai di tempat awam, cepat-cepatlah cari tempat yang lebih tersorok. Bukan apa kalau nak tegur anak tak adalah dapat perhatian daripada orang lain.

Tapi kalau tak ada pilihan, buatlah sesuatu supaya anak boleh berhenti menangis atau berguling di lantai.

Tidak perlu untuk risaukan orang lain kerana percayalah yang ibu bapa lain pun faham situasi ini kerana mereka pun ada anak kecil.

Bercakap bila anak sudah bertenang

Bila anak dah bertenang sikit, anda pun kena kekal bertenang dan jangan cuba ‘menjolok’ kemarahan anak semula.

Apabila emosi mereka sudah di bawah kawalan, inilah masa untuk menasihat, mendidik dan tetapkah had.

Cuba teknik mengalih perhatian

Contoh kalau anak ada ciri-ciri hendak mula buat perangai, anda cepat-cepatlah buat muka kelakar atau lawak yang boleh menyebabkan dia ketawa lalu terlupa hal sebelum ini.

Tapi kalau dia tengah mengamuk, biarkan dia untuk “lepaskan” dulu perasaan marahnya dan bila sudah selesai baru anda alihkan perhatiannya.

Selalu puji anak untuk bersikap baik

Kanak-kanak usia ini memang suka kalau dipuji. Selalulah puji mereka jadi anak yang baik, yang pandai, mendengar kata dan lain-lain lagi ayat-ayat positif.

Sedikit sebanyak ia dapat menyuntik semangat dalam diri si kecil bahawa pentingnya bersikap baik supaya disayangi oleh semua ahli keluarga. Tak mudah hendak faham perangai anak usia ini tapi bila sudah berjaya memahaminya, mudah sebenarnya untuk anda elakkan mereka daripada buat perangai.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -