Ketahui pilihan lanjut pengajian menerusi Findlay

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Para pelajar yang berhasrat untuk mempertimbangkan pilihan mereka selepas menerima keputusan peperiksaan ‘A’ Level boleh mendapatkan pengalaman dan pengetahuan daripada konsultan di perkhidmatan pendidikan Findlay semasa Hari Permohonan Universiti yang berlangsung selama dua hari bermula esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Findlay, para pelajar yang mempunyai tawaran-tawaran di UCAS bagi universiti-universiti United Kingdom (UK) adalah dialu-alukan untuk hadir dan menghubungi universiti-universiti berkenaan dari pejabat Findlay di Gadong
Konsultan-konsultan mereka komited untuk membantu para pelajar berjaya, bukan sahaja memasuki universiti yang tepat bagi mereka malah sepanjang pengajian akademik mereka dan selanjutnya.

Kesemua konsultan telah dilatih di luar negara dan membawa pengalaman mereka sendiri untuk berkongsi bersama klien, tambah kenyataan.

Selain daripada UK, syarikat berkenaan juga mewakili universiti-universiti dan kolej di Australia, Kanada, Amerika Syarikat, New Zealand, Malaysia, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga di Eropah.

Kenyataan menyatakan, para pelajar yang menerima keputusan IGCSE dan tidak mahu mengambil ‘A’ Level atau International Baccalaureate boleh mempertimbangkan untuk memohon kepada pembekal program pathway seperti INTO, Navitas, StudyGroup, OnCampus dan Oxford International Education Group

Program-program pathway adalah alternatif seperti asas setahun di mana, mereka yang mempunyai keputusan setaraf ‘A’ Level boleh memohon bagi program-program ijazah tahun pertama selari sebagai persiapan bagi memasuki universiti-universiti bertaraf lebih tinggi daripada yang boleh dipohon berdasarkan keputusan mereka kini.

Sehubungan itu, para pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan percuma berkenaan boleh membawa keputusan mereka ke pejabat Findlay pada bila masa sahaja semasa waktu pejabat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang atau Sabtu dari 9 pagi hingga 12 tengah hari ini.