Sunday, March 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketangkasan ibu selamatkan anak-anaknya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14/15 Ogos 2002 – Ketangkasan seorang ibu bertindak dalam keadaan cemas di saat rumahnya dijilat api berjaya menyelamatkan anak-anaknya yang sedang nyenyak tidur daripada hangus dalam satu kebakaran yang meranapkan dua daripada empat buah rumah sederet di Kampung Belimbing, Subok.

    Siti Salza Limbau, 24, yang ditemui selepas kebakaran berkata, beliau dan adiknya yang tinggal serumah sedang bersarapan kira-kira jam 8:30, apabila terhidu bau asap yang kuat dari rumah jirannya. Apabila menjenguk keluar rumah, beliau ternampak kepulan asap keluar dari alat penyaman udara rumah jirannya itu dan dalam beberapa saat api mula mengganas dan memusnahkan rumah jirannya.

    Melihat keadaan api yang mula merebak ke bahagian bilik tidurnya, Siti Salza bergegas ke bilik tidur di mana tiga anaknya sedang tidur dan sempat menyambar beberapa dokumen penting lalu keluar dari rumahnya yang dipenuhi asap tebal.

    Jirannya, Awang Mohamad Bidin, yang ketika itu tidak berada di rumah, bergegas pulang selepas mendapat berita bahawa rumahnya terbakar, namun tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa pun, tetapi bernasib baik dia dan anak-anaknya tiada di rumah ketika itu. Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berjaya menghalang api daripada memusnahkan dua rumah lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda