Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ketegangan semakin memuncak

    JENIN, WILAYAH PALESTIN, 11 APRIL – Pasukan Israel telah melancarkan operasi hari ketiga hari ini sekitar bandar Jenin, Tebing Barat, susulan pertempuran senjata berat beberapa hari kebelakangan dan penangkapan semalaman, kata tentera.

    Ketegangan telah memuncak sejak serangan bertubi-tubi di Israel yang mengorbankan 14 orang tiga minggu lalu, dengan Perdana Menteri Naftali Bennett memberi amaran negeri Yahudi itu kini ‘dalam serangan’.

    Tentera Israel berkata 14 penduduk Palestin telah ditangkap awal hari ini, sehari selepas empat penduduk Palestin dibunuh dalam insiden berasingan di wilayah diduduki.

    Tambahan 13 batalion tentera kini beroperasi di Tebing Barat, kata sumber tentera.

    Di Jenin, ribuan orang membanjiri jalan, membawa bendera Palestin atau raifal, bagi majlis pengebumian Mohamed Zakarneh, 17, yang menurut agensi berita Wafa meninggal dunia akibat cedera tembakan semalam.

    “Tentangan berada dalam konfrontasi langsung bersama pendudukan dan bila-bila saja kita menjangkakan pertempuran penuh,” kata Ziad al-Nakhala, setiausaha agung bagi gerakan Islam Jihad dalam satu kenyataan. – AFP

    Penduduk Palestin membalas serangan dengan melontarkan kanister gas pemedih mata menggunakan lastik pada 11 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...