Tuesday, September 27, 2022
22.3 C
Brunei

Ketengahkan pencapaian Gleneagles JPMC

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Sempena ulang tahun ke-20 Gleneagles JPMC dan Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-9 Persatuan Jantung Brunei Darussalam, Persidangan Kardiologi 2022 telah diadakan di Bangunan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), hari ini yang dihadiri oleh lebih 200 peserta.

Peserta persidangan termasuk doktor-doktor, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu dengan jumlah yang sama mendaftar dan mengambil bahagian dalam talian melalui siaran langsung.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, yang didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay.

Antara yang diutarakan dalam ucapan perasmian berkenaan meliputi penubuhan dan pencapaian yang dicapai oleh Gleneagles JPMC serta perkhidmatan klinikal yang ditubuhkan untuk merawat pesakit yang menghidap penyakit jantung dengan lebih
berkesan.

Program saintifik itu merangkumi ceramah dan kuliah daripada penceramah tempatan dan luar negara yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing.

Topik-topik yang dibincangkan termasuk mengenai pembedahan jantung, intervensi koronari perkutaneus untuk rawatan penyakit jantung iskemik, elektrofisiologi jantung dan pembedahan vaskular.

Penceramah luar negara terkemuka juga menyentuh mengenai terapi antikoagulasi untuk mengurangkan risiko strok, terapi-terapi baharu bagi kegagalan jantung dan kekurangan vena yang kronik.

Di samping itu, pameran yang menampilkan pelbagai terapi dan rawatan yang ada pada masa ini serta produk baharu yang akan datang untuk rawatan pesakit penyakit kardiovaskular turut diadakan.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri Persidangan Kardiologi 2022 di PJSC, kelmarin.
Antara ahli panel yang membincangkan pelbagai topik semasa persidangan tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -