Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ketepi kontroversi, Noh tumpu Konsert Patah Hati

    Vokalis sensasi, Noh Salleh mahu menjadikan perjalanan karier muziknya sebagai satu memori indah yang akan dikenang tahun ini.

    Biarpun terpalit beberapa kontroversi, Noh yang juga vokalis Kumpulan Hujan jelas masih tidak mahu menekan butang berhenti.

    Justeru, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 37, berkata fokusnya kini kepada Konsert Patah Hati yang bakal berlangsung di pentas Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac ini.

    “Kerjaya seni dan muzik saya akan terus diperluaskan walau apa pun terjadi. Inilah jiwa sebenar dan saya akan rasa puas kalau dapat beraksi di hadapan peminat.

    “Saya sudah membuat persiapan untuk Konsert Patah Hati dan tidak sabar untuk beraksi di Zepp Kuala Lumpur dan bertemu peminat yang membeli tiket.

    “Selain pelbagai konsert, saya juga ada perancangan untuk menghasilkan single baharu, tahun ini. Saya akan berkongsi perkembangan mengenainya dalam laman media sosial,” katanya kepada BH Online.

    Noh berkata, dia tidak berfikir dua kali untuk terbabit dalam konsert anjuran ANS Diversified Sdn Bhd itu kerana ia menampilkan enam artis dengan genre berbeza yang julung kali berkongsi pentas. – Agensi

    Noh beri focus Konsert Patah Hati yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...