Ketiadaan kejohanan tidak halang atlet adakan latihan

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Sukan lawan pedang telah meningkatkan aktiviti latihan secara kompetitif mereka di dewan lawan pedang Kompleks Sukan Menglait meskipun cabaran yang dibawa oleh pandemik COVID-19.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada arena sukan di negara ini dengan tiada penganjuran pertandingan dibenarkan di dalam dan di luar negara.

Sebelum aktiviti-aktiviti sukan terhenti, kejohanan antarabangsa yang melibatkan wakil sukan lawan pedang Negara Brunei Darussalam ialah Kejohanan Lawan Pedang Universiti ASEAN kali ke-4 di Universiti Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Awang Anaqi Danish Asahrin dan Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya, wakil lawan pedang negara kategori lelaki dan perempuan, berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Walaupun kekurangan pertandingan dan tiada sasaran untuk kejohanan disebabkan oleh ketidaktentuan bila sebarang pertandingan disambung semula, ia tidak mematahkan semangat atlet lawan pedang untuk meneruskan latihan mereka dengan intensiti tinggi bagi meningkatkan tahap stamina dan kecergasan.

Sukan lawan pedang telah meningkatkan aktiviti latihan secara kompetitif mereka di dewan lawan pedang Kompleks Sukan Menglait.

Latihan yang menarik kehadiran peserta yang melibatkan kumpulan lawan pedang berpengaruh termasuk Awang Fawwaz Fikri, yang bakatnya telah dikenal pasti oleh Persekutuan Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam (BDFF).

Jurulatih kebangsaan, Rocky Poerawinata berkata bahawa latihan memfokuskan kepada meningkatkan tahap stamina. Beliau turut menambah latihan intensif sebaik sahaja atlet bersedia untuk kejohanan antarabangsa.

Hajah Anis Sabrina adalah antara atlet yang menyertai latihan sejak pembukaan semula kompleks dan kemudahan sukan di negara ini.

Semasa sesi latihan baru-baru ini, atlet lawan pedang memulakan latihan lompat tali sebelum melakukan latihan lain yang melibatkan halangan, menggunakan tangga dan kon.

Atlet lawan pedang pada kebiasaannya akan melakukan berbagai-bagai jenis latihan melepasi halangan dan menggunakan kon bagi meningkatkan kepantasan dan kelincahan.

Mereka akan menghabiskan empat peringkat halangan dengan larian pecut sebelum mengulangi latihan atau memulakan semula latihan di peringkat pertama rutin latihan.

Baru-baru ini, sukan lawan pedang telah berpindah ke Kompleks Sukan Menglait, di mana mereka berkongsi tempat latihan dengan atlet sukan karate, tekwando dan pencak silat.

Peserta sukan lawan pedang telah mengadakan latihan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sukan.

Menurut program latihan harian, kelas lawan pedang bagi kanak-kanak akan diadakan setiap hari Jumaat.