Sunday, November 10, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketibaan antarabangsa meningkat

    HANOI, 4 MEI – Vietnam menyaksikan kira-kira 192,400 ketibaan antarabangsa dalam empat bulan pertama tahun ini, melonjak hampir 185 peratus dari tahun-ke-tahun, hasil pembukaan semula aktiviti pelancongan dan penyambungan semula penerbangan antarabangsa, menurut Pejabat Statistik Umum hari ini.

    Dalam tempoh tersebut, pengunjung yang memasuki negara itu melalui laluan udara dicatatkan kira-kira 88.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

    Sepanjang empat bulan tersebut, dianggarkan 118,300 pengunjung asing ke Vietnam adalah dari Asia, meningkat 96.7 peratus dari tahun-ke-tahun.

    Jumlah pengunjung dari Eropah, Americas dan Oceania turut menunjukkan masing-masing peningkatan lebih enam kali ganda, 15 kali ganda dan 19 kali ganda dari tempoh yang sama tahun lalu.

    Vietnam membuka semula sempadannya kepada pengunjung antarabangsa pada 15 Mac lalu sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memulihkan kembali pelancongan dan ekonomi negara setelah hampir dua tahun terjejas akibat pandemik COVID.

    Vietnam merekodkan jumlah lebih 18 juta ketibaan antarabangsa pada 2019, tahun terakhir sebelum pandemik menular, menurut pejabat tersebut. Pada 2020 dan 2021, jumlah ketibaan antarabangsa ke Vietnam masing-masing menurun 78.7 peratus dan 95.9 peratus dari tahun-ke-tahun.

    Negara itu menyasarkan lebih lima juta pengunjung luar pada 2022, menurut Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan Vietnam. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda