Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ketua Al-Qaeda terbunuh

    RIYADH, 2 OGOS – Arab Saudi menyambut baik pengumuman pembunuhan ketua Al-Qaeda, Al-Zawahiri oleh tentera Amerika Syarikat (AS), menurut kementerian luar Arab Saudi dalam satu kenyataan.

    “Kerajaan Arab Saudi menyambut baik pengumuman Presiden AS, Joe Biden yang mengatakan tenteranya telah berjaya menyasarkan dan membunuh pemimpin pengganas Al-Qaeda, Ayman Al-Zawihiri,” menurut kenyataan kementerian tersebut.

    Kenyataan tersebut diumumkan setelah Biden mengumumkan tentera AS berjaya membunuh Zawahiri, salah seorang pengganas dalam buruan dan dalang di sebalik serangan September 11, 2001, dalam satu serangan dron.

    Kementerian Luar Negeri Arab Saudi berkata Zawahiri sebagai “salah seorang pemimpin pengganas yang mengetuai rancangan dan pelaksaan operasi serangan keji pengganasan di AS, Arab Saudi dan beberapa negara di dunia.”

    “Ribuan nyawa berlainan bangsa dan agama yang tidak bersalah terbunuh, termasuk rakyat Arab Saudi,” petik kenyataan kementerian tersebut.

    “Kerajaan Arab Saudi menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama dan usaha antarabangsa dalam memerangi dan membanteras kegiatan pengganas serta menyeru semua negara untuk berganding bahu dalam menyokong usaha tersebut bagi melindungi orang awam yang tidak bersalah daripada kumpulan pengganas.”

    Al-Zawahiri, merupakan kelahiran Mesir, mengambil alih kepimpinan Al-Qaeda setelah Osama bin Laden terbunuh dalam satu operasi tentera AS di Pakistan pada tahun 2011 serta diberi pampasan AS$25 juta bagi sesiapa yang berjaya membunuhnya.

    Persediaan untuk operasi itu dikatakan mengambil masa berbulan-bulan.

    Biden meluluskan operasi serangan pada 25 Julai semasa beliau menjalani pengasingan diri di Rumah Putih kerana jangkitan COVID, menurut pegawai itu. – AFP/ Bernama

    Ayman Al-Zawahiri dalam gambar fail 1998 di Khost, Afghanistan. Pemimpin Al-Qaeda itu dibunuh dalam serangan peluru berpandu oleh tentera AS pada 31 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...