Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Ketua baharu gesa modenisasi di Xinjiang

    BEIJING, 29 DIS – Ketua parti baharu di Xinjiang, China menyeru agar landskap perniagaan di wilayah itu ditambahbaik semasa lawatan rasmi pertamanya ke sana, susulan tuduhan mengenai buruh paksa mendorong beberapa negara mengumumkan boikot diplomatik terhadap temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

    Selepas berkunjung ke hab pembuatan utama Guangdong, pegawai tertinggi Parti Komunis, Ma Xingrui yang baru menggantikan Chen Quanguo, seorang pegawai tentera yang menceburi bidang politik didakwa mengepalai di kawasan sempadan Xinjiang dan Tibet.

    Semasa lawatan ke ibu kota wilayah Urumqi minggu ini, Ma menegaskan terdapat keperluan untuk menambahbaikkan modenisasi industri dan rantaian bekalan serta melaksanakan langkah bagi menyokong peniaga dan merangsang inovasi, lapor media tempatan.

    Beliau turut menekankan keperluan merancakkan promosi pelaburan dan membina persekitaran perniagaan antarabangsa kukuh, termasuk pengecualian cukai tetapi tidak memperincikan hal itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...