Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Barca tenang mengenai kontrak Messi

    BARCELONA, 25 Jan – Pengarah Sukan Barcelona, Robert Fernandez menegaskan bahawa dia pasti Lionel Messi akan menandatangani kontrak baru dengan gergasi Catalan itu meskipun terdapatnya spekulasi berterusan mengenai masa depan Pemain Terbaik Dunia lima kali itu.

    Messi hanya mempunyai 18 bulan lagi dalam kontraknya dan tidak kekurangan tawaran kontrak mahal jika dia membuat keputusan untuk meninggalkan kelab, di mana dia telah menghabiskan sejumlah besar kerjaya gemilangnya.

    Namun, Fernandez percaya perbincangan mengenai perjanjian baru sedang ‘berjalan dengan baik’.

    “Terdapat banyak komen dan orang lain mahu membesar-besarkan situasi ini, tetapi kami telah mengusahakannya buat masa yang lama dan kami dalam keadaan tenang,” katanya.

    Tekanan yang semakin meningkat antara lembaga Barcelona dan skuad mencapai tahap mendidih beberapa hari lalu apabila CEO kelab, Oscar Grau mendakwa Barcelona perlu membincangkan mana-mana kontrak baru dengan ‘masuk akal’ berdasarkan lingkungan bajet mereka. Bagaimanapun, bintang penyerang Luis Suarez, yang baru sahaja menandatangani perjanjian baru sehingga 2021, memberikan komen balas yang pedas.

    “Dengan Messi, apa yang anda perlu lakukan adalah memberikan kontrak baru, bukan mengenai ‘masuk akal’,” katanya.

    Messi, yang akan memasuki usia 30 tahun Jun ini, telah mempamerkan persembahan hebat musim ini, menjaringkan 28 gol dalam 26 penampilan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda