BEIJING, 20 MEI – Bos syarikat induk TikTok, Bytedance berkata hari ini beliau akan meletak jawatan kerana beliau kekurangan kemahiran pengurusan dan lebih suka ‘membaca dan berangan-angan’ berbanding mengendali syarikat teknologi itu.
Beijing telah memperketat kawalan ke atas sektor teknologi China, mengenakan denda – termasuk ke atas Bytedance bulan lalu, kerana didakwa melanggar peraturan monopoli dan mengeluarkan amaran kepada beberapa ketua digital mengenai tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.
Zhang Yiming, pengasas Bytedance, yang menubuhkan aplikasi video pendek popular TikTok, berkata beliau akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan memegang peranan baharu pada akhir tahun untuk menumpu pada ‘strategi jangka panjang.’
Liang Rubo, yang menubuhkan firma itu bersama Zhang, akan mengambil alih jawatan tersebut.
Dalam memo terbuka yang bersifat amat terus-terang oleh salah seorang jutawan Asia, Zhang berkata: “Hakikatnya, saya kekurangan kemahiran yang menjadikan saya seorang pengurus ideal. – AP




































