Ketua editor dipecat, puluhan letak jawatan

BUDAPEST, 24 JULAI – Puluhan wartawan, termasuk editor, meletak jawatan hari ini dari laman berita utama Hungary disebabkan pemecatan ketua editor Index.hu pada awal minggu ini.

Hampir 60 kakitangan Index berkata mereka sedang meninggalkan laman sesawang paling banyak dibaca dalam negara disebabkan pemecatan Szabolcs Dull mengancam kebebasan profesional laman serta masa depannya.

Satu perarakan dan rapat dirancang diadakan pada malam ini sebagai menyokong Index. – AP