Ketua EU janji cari vaksin COVID -19

BRUSSELS. 16 SEPT – Ketua Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen berjanji hari ini bahawa Eropah akan mengetuai dunia dalam mencari vaksin koronavirus sementara membangunkan semula ekonomi yang terjejas menerusi pelan pemulihan hijau.

Dalam ucapan tahunan EU pertamanya, presiden Suruhanjaya Eropah itu turut memberi amaran kepada Britain supaya tidak melanggar perjanjian Brexit dan Turki agar tidak mengancam negara jirannya.

Beliau juga memberi komitmen dalam memerangi isu perkauman dan homofobia, serta menyeru negara-negara untuk mempertingkatkan kem-kem pelarian.

Berucap semasa Parlimen Eropah di Brussels, von der Leyen berkata, “Penduduk Eropah masih menderita”.

Dalam sindiran terhadap pendekatan presiden Amerika Syarikat, Donld Trump terhadap wabak COVID-19, von der Leyen berkata bahawa Eropah akan memimpin dunia dalam mencari vaksin dan menyokong badan berbilang pihak seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua EU, Ursula von der Leyen berkata Eropah akan mengetuai dunia dalam mencari vaksin koronavirus sementara membangunkan semula ekonomi yang terjejas menerusi pelan pemulihan hijau. – AP

“Tidak seorang pun antara kami akan selamat sehingga kita semua selamat – di mana sahaja kita tinggal, apa sahaja yang kita ada,” katanya. “Vaksin nasionalisme mempertaruhkan nyawa. Kerjasama vaksin akan menyelamatkan mereka”.

Ekonomi Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik dan pelaksanaan sekatan ekonomi dan sosial, tetapi von der Leyen menganggap rancangan pemulihan hijau Suruhajaya sebagai jalan pemulihan.

Beliau berkata bahawa Brussels akan menyeru ahlinya untuk menetapkan lebih banyak matlamat bertujuan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kepada 55 peratus menjelang 2030, lebih tinggi daripada sasaran ketika ini iaitu 40 peratus.

“Bagi kami, sasaran 2030 adalah impian yang boleh dicapai, dan bermanfaat kepada Eropah,” tambahnya.

Von der Leyen berkata 30 peratus perbelanjaan daripada pelan 750 bilion euro akan diagihkan kepada projek mesra alam dan dibiayai menerusi bon hijau.

Bekas menteri pertahanan Greece berusia 61 tahun itu turut memberi amaran kepada Turki mengenai cubaan untuk membuli Greece dan Cyprus ketika ketegangan semakin memuncak mengenai simpanan minyak di timur Mediterranean. – AFP