Ketua EU runding pelan pemulihan ekonomi

BRUSSELS, 19 JUN – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) melancarkan rundingan hari ini, berbelah bahagi berhubung cara-cara mengumpulkan dan mengagih dana pemulihan besar-besaran untuk memulihkan ekonomi Eropah yang terkesan teruk akibat pandemik koronavirus.

Eropah berdepan kemelesetan terbesar dalam sejarah 63 tahun blok, dan kerajaan menerima tekanan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan seluruh benua.

Dibentangkan pada sidang kemuncak maya hari ini adalah satu cadangan dari ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen untuk dana menyelamat berjumlah 750 bilion euro, yang jika diterima, akan menandakan peristiwa bersejarah untuk negara-negara EU.

“Kami mempunyai tanggungjawab kolektif untuk dilaksanakan,” kata hos sidang kemuncak Charles Michel, presiden Majlis Ketua Eropah, di Twitter. “Sekarang adalah masanya untuk membabitkan diri.”

Namun sidang mesyuarat menerima tentangan sengit daripada negara-negara Belanda, Sweden, Denmark dan Austria, yang berjanji akan menentang untuk mengawal perbelanjaan pada musim panas.

“Adalah jelas kami tidak dapat mencapai persetujuan pada sidang kemuncak ini,” kata pegawai kerajaan di Jerman, yang mengambil alih giliran presiden EU pada 1 Julai dan akan menganjurkan rundingan tersebut.

“Kami tahu mengenai kesukaran yang timbul. Ia merupakan satu usaha yang besar,” kata pegawai.

Satu sumber Perancis menggelarnya ‘pusingan awal’ yang akan mengambil ‘masa’ sebelum pemimpin-pemimpin mencapai kata sepakat pada akhir Julai. – AFP

Perdana Menteri Belanda Melte Frederiksen mengadakan mesyuarat video bersama rakan sekerja EU di Marienborg, utara Copenhagen, kelmarin. – AFP