Ketua EU umum rancangan pemulihan besar

BRUSSELS, 27 MEI – Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen, telah mengusulkan hari ini dana pemulihan bernilai 750 bilion euro pasca virus untuk Eropah dan menggesa beberapa buah negara yang skeptikal untuk menyokong pelan itu.

Penularan global koronavirus telah mendorong EU ke dalam kemelesetan teruk yang pernah berlaku, dan cadangan Von der Leyen akan dibuat untuk membantu negara-negara yang paling teruk terjejas.

Virus yang telah membunuh sekurang-kurangnya 173,000 orang di Eropah dan membuatkan ekonomi mereka terhenti, dengan perniagaan hanya baru dibuka semula secara perlahan-lahan dan kawalan ketat di sempadan dulunya yang terbuka luas untuk perjalanan dan perdagangan.

Secara rasmi digelar ‘Generasi EU seterusnya’, rancangan dibuat susulan tekanan dari Itali dan Sepanyol, negara yang terawal dilanda penularan yang telah terbeban dengan hutang untuk memulihkan semula ekonomi mereka.

Sekiranya negara-negara anggota menerima perjanjian seperti yang dirangka, Itali akan menerima bantuan secara langsung bernilai 81.8 bilion euro dalam tempoh beberapa tahun dan 77.3 bilion akan disalurkan kepada Sepanyol.Semua anggota EU akan ditawarkan geran sebanyak 405 bilion euros.

Selain itu, negara-negara tersebut akan mendapat pinjaman, dengan Itali menerima kredit hingga 90 bilion dan Sepanyol sebanyak 31 bilion.

Suruhanjaya itu membuat cadangan penting hanya beberapa hari setelah Canselor Jerman, Angela Merkel mengesahkan rancangan untuk membenarkan eksekutif EU meminjam 500 bilion euro di pasaran untuk pembiayaan.

Merkal, yang dalam tahun terakhir bertugas sebagai canselor Jerman, juga menyokong EU membantu negara-negara yang dilanda virus dengan pemberian dan bukannya pinjaman, satu lagi perubahan pusingan-U dasar oleh Berlin.

Tetapi rancangan Perancis-Jerman menghadapi cadangan balas daripada apa yang disebut ‘Frugal Four’: negara-negara anggota Utara EU yang secara tradisinya menentang pemberian lebih banyak wang ke Brussels atau memindahkannya ke selatan yang berhutang.

Mereka secara keras menentang bantuan tersebut dibenarkan, memilih untuk memberi pinjaman yang diberikan dengan syarat yang ketat dan pengawasan luar, dan mengurangkan risiko kepada pembayar pajak mereka sendiri. – AFP

Mereka secara keras menentang bantuan tersebut dibenarkan, memilih untuk memberi pinjaman yang diberikan dengan syarat yang ketat dan pengawasan luar, dan mengurangkan risiko kepada pembayar pajak mereka sendiri. – AFP