Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua FA Caribbean kena larangan enam tahun

    ZURICH, 20 Sept – FIFA pada Selasa menggantung Presiden Kesatuan Bola Sepak Caribbean Gordon Derrick dari sukan itu selama enam tahun selepas didapati bersalah atas beberapa pelanggaran etika.

    Derrick menjadi yang individu terbaru dalam barisan eksekutif bola sepak yang disahkan oleh jawatankuasa etika FIFA, yang telah menyingkirkan berpuluh-puluh orang keluar dari sukan itu kerana kesalahan rasuah.

    Dalam satu kenyataan, FIFA berkata kes itu berkisar ‘kononnya mengenai konflik kepentingan, menawarkan dan menerima hadiah serta faedah lain, salah urus dana, penyalahgunaan kedudukan dan ketidaksetiaan’.

    Derrick yang merupakan orang asli Antigua dan Barbuda, juga didenda 30,000 franc Swiss AS$31,154).

    Derrick tahun lepas berusaha untuk mengendalikan badan pentadbir bola sepak di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) selepas dua ketua terdahulu dipecat gara-gara skandal rasuah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda