Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ketua hakim tolak rayuan pencuri kereta

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Mahkamah Tinggi pada 8 September lalu telah mempertahankan keputusan Mahkamah Majistret untuk mengenakan hukuman 19 bulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan yang didapati bersalah mencuri kereta, menukar nombor pendaftaran dan merosakkan kereta yang dicuri selepas perbicaraan, selain mempunyai rekod jenayah terdahulu.

    Defendan, Hairul Halimin bin Haji Mohd Yussof berkata hukuman pemenjaraan yang dikenakan telah membawa kesusahan kepada keluarganya.

    Semasa perbicaraan rayuan, Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong menolak permohonan selepas memberi pertimbangan kepada kes itu dan tidak menemui sebarang faktor meringankan untuk memberi hukuman yang lebih ringan terhadap defendan dan mengekalkan bahawa mahkamah membuat keputusan yang betul.

    Pendakwa Raya Sabrina binti Haji Mahmud mengemukakan responsnya bagi pihak pendakwa raya yang membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam rayuan itu.

    Hairul Halimin didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret pada Jun lalu atas tuduhan mencuri kereta, mempamerkan nombor kenderaan pendaftaran yang palsu pada kereta curi dan menukar warna asal kereta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...