Ketua Hawk-Eye mohon maaf

BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM, 18 JUN – Ketua Hawk-Eye telah meminta maaf atas kesalahan teknologi garisan gol yang memaksa Sheffield United untuk akur dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang Aston Villa pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris kembali semula kelmarin.

Penjaga gol Villa, Orjan Nyland dengan jelas menangkap bola daripada sepakan percuma Oliver Norwood melepasi garisan gol pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Tetapi jam tangan pengadil Michael Oliver dengan teknologi garisan gol, tidak memberi isyarat bahawa bola telah melepasi garisan.

Satu kenyataan dari Hawk-Eye Innovations, yang menjalankan teknologi itu, mengatakan, “Hawk-Eye meminta maaf tanpa ragu-ragu kepada EPL, Sheffield United, dan semua orang yang terbabit dalam insiden ini.” – AFP