Ketua IMF sokong kenaikan kadar

NUSA DUA, Indonesia, 11 Okt – Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde hari ini mempertahankan kenaikan kadar bank pusat dalam teguran kepada Donald Trump selepas Presiden Amerika Syarikat itu menyalahkan dasar persekutuan yang ‘gila’ kerana menyumbang kepada krisis pasaran kewangan.

Lagarde bercakap tatkala penjualan pasaran global datang ke Asia selepas komen Trump, menekankan pergolakan kewangan yang meningkat dan yang akan diatasi oleh IMF pada mesyuarat tahunannya dengan Bank Dunia pada minggu ini di Bali.

Lagarde berkata kenaikan kadar bank pusat seperti yang dilakukan oleh Simpanan Persekutuan AS adalah wajar.

“Ia jelasnya satu perkembangan yang perlu untuk ekonomi yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik, inflasi yang sedang meningkat, pengangguran yang amat rendah,” beritahunya pada persidangan akhbar d Bali.

“Ia tidak dapat dielakkan bank pusat membuat keputusan berkenaan.”

Christine Lagarde berucap semasa sedang media sebelum mesyuarat tahunan antara IMF dan Bank Dunia di Bali Indonesia, semalam. – AP

Ekoran penjualan mendadak di Wall Street semalam, Trump berkata Rizab Persekutuan ‘sedang melakukan satu kesilapan’.

“Saya fikir persekutuan telah menjadi gila,” kata beliau.

Trump berkali-kali menganggap rekod tinggi yang dicatat di Wall Street sebagai bukti kejayaan dasarnya termasuk strategi perniagaan berkonflik, dan sering mengkritik persekutuan kerana menambah kadar faedah secara beransur-ansur, yang mungkin memperlahankan pasaran ekuiti.

Golongan elit kewangan dunia berada di pulau percutian Indonesia untuk perbincangan selama seminggu yang dibayangi oleh prospek ekonomi.

Satu laporan IMF yang dikeluarkan semalam berkata pertumbuhan global mungkin menimbulkan risiko sekiranya pasaran membangun merosot atau ketegangan perniagaan bertambah teruk.

Kebanyakan kebimbangan global telah dikuasai oleh perang tarif yang semakin meningkat di antara Trump dengan China dan sikap beliau yang memandang hina norma-norma perniagaan dunia.

Namun, kadar faedah AS yang lebih tinggi juga telah membantu mata wang pasaran membangun merosot, apabila negara yang banyak meminjam dalam bentuk dolar bergegas untuk membayar balik hutangnya. – AFP