Ketua kesatuan Kemboja dibicarakan

PHNOM PENH, 15 JAN – Seorang ketua kesatuan yang lantang hari ini dibicarakan di Kemboja kerana didakwa menghasut, satu siri kes mahkamah yang menurut aktivis bertujuan mematahkan suara para pembangkang.

Rong Chhun, ketua Kesatuan Persekutuan Kemboja diberkas dalam Julai selepas menuduh kerajaan ‘ketaksekataan’ ke atas pembatasan sempadan timur dengan Vietnam.

Menurutnya, garisan sempadan yang baharu menceroboh beberapa tanah ladang penduduk tempatan.

Ahli politik pembangkang sudah lama menuduh perdana menteri Hun Sen menyerahkan sempadan kepada Vietnam, menggunakan isu berpanjangan yang tidak pernah selesai antara kedua-dua negara untuk menyemarakkan sentimen nasionalis terhadap pentadbirannya.

Rong Chhun yang dibicarakan dalam tahanan semenjak penangkapannya, berdepan penjara dua tahun jika sabit kesalahan kerana mengganggu ketenteraman awam. – AFP