Ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji

KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Kementerian Kesihatan Arab Saudi menugaskan seorang ketua kesihatan untuk setiap 50 jemaah haji tahun ini, yang diadakan pada skala lebih kecil berbanding musim haji sebelum ini.

Langkah yang belum pernah diambil sebelum ini bertujuan untuk memastikan semua aspek kesihatan dilaksanakan berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, menurut kenyataan di laman web Kementerian Media Arab Saudi mengenai musim Haji 2020. Setiap ketua kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan jemaah di bawah jagaannya mematuhi langkah-langkah pencegahan kesihatan yang dikuat kuasa pihak berkuasa. – Bernama