Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ketua kumpulan IS ditahan di Turki

    ISTANBUL, 27 MEI – Seorang anggota terkemuka kumpulan Islamic State (IS) yang dipercayai ketua kumpulan jihad itu berjaya ditangkap anggota polis di Turki hari ini.

    Bagaimanapun, menurut pegawai yang enggan dikenali, tiada maklumat jelas mengenai penangkapan suspek seperti didakwa laporan media bahawa ia adalah pemimpin Daesh, Abu Hassan al-Hashimi al-Qurashi.

    Namun, menurut sumber, seorang anggota kumpulan itu telah ditangkap minggu lalu.

    Abu Hassan dinamakan ketua kumpulan IS pada Mac lalu, hanya lebih sebulan selepas pendahulunya, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi, meletupkan dirinya semasa serbuan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di rumahnya di wilayah barat laut Syria, Idlib.

    Pihak berkuasa Turki setakat ini tidak mengesahkan laporan media bahawa Abu Hassan telah ditangkap. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...