LOS ANGELES, 23 MAC – Presiden liga bola sepak Mexico, Enrique Bonilla telah diuji positif koronavirus (COVID-19) yang memaksa pertandingan liga mereka itu ditutup, katanya.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web liga Mexico (Liga MX) pada baru-baru ini, Bonilla berkata dia telah diuji positif COVID-19.
“Saya tidak mempunyai simptom gejala yang serius dan akan terus dikuarantin selari dengan garis panduan dan arahan Kementerian Kesihatan.”
Liga Mexico digantung perlawanan tidak lama selepas perlawanan Ahad lalu apabila penularan pandemik COVID-19 ke seluruh dunia.
Pertandingan yang telah berlangsung pada 13 Mac lalu berjalan seperti biasa, kemudian liga Mexico dimainkan di stadium yang kosong.
“Sudah tentu, saya akan tetap mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa dengan keadaan negara kita sedang alami sekarang dan mencari jalan alternatif dan penyelesaian yang mungkin untuk menyelesaikan situasi keluarga Liga MX,” kata Bonilla.
“Saya memberi jaminan bahawa saya akan bertindak dengan penuh tanggungjawab dalam menghadapi apa yang kita alami dan saya yakin bahawa, sebagai satu pasukan, negara akan dapat berjaya.”
Cruz Azul menduduki tangga teratas selepas 10 perlawanan di liga sebanyak 18 pasukan dengan 22 mata, di depan Leon. – AFP
