Ketua mafia telan jari pengawal

ROM, 8 SEPT – Ketua mafia Sicily yang menjalani hukuman penjara seumur hidup menggigit dan menelan jari pengawal penjara semasa dalam pertengkaran, menurut laporan akhbar Itali hari ini.

Guiseppe Fanara, 60, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Rebibbia di Rom, menyerang tujuh orang pengawal penjara pada Jun apabila mereka membuat pemeriksaan ke atas bilik tahanannya, lapor akbar harian II Messagero.

Fanara dari puak terkenal Sicily, Cosa Nastra, yang sudah berada di penjara selama sembilan tahun di bawah kod hukuman ’41-bis’ hanya untuk ahli mafia sahaja.

Penjara mengasingkan ketua mafia bagi mengelak mereka untuk berjumpa dengan puak mereka yang berada di dalam penjara.

“Semasa pertengkaran Fanara menggigit jari tangan kanan pengawal,” menurut akbar.

“Kemudian jari tersebut hilang, yang membuatkan pendakwa raya Rom menyimpulkan bahawa ia telah ditelan,” menurut laporan itu.

Banduan tersebut kemudiannya menyerang enam lagi anggota pengawal, menggunakan penyapu sebagai senjata, menjerit “Saya akan kerat leher awak!”. – AFP