Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ketua Majoriti Senat AS disahkan positif COVID

    WASHINGTON, 11 JULAI – Ketua Majoriti Senat Amerika Syarikat (AS), Chuck Shumer disahkan positif COVID, kata jurucakapnya kelmarin.

    Schumer menyertai senarai tokoh penting di Washington yang dijangkiti oleh virus COVID pada tahun ini, termasuk Timbalan Perdana Menteri AS, Kamala Harris, Jurucakap Rumah Putih, Nancy Pelosi dan penasihat tinggi pandemik, Anthony Fauci.

    Senator Demokratik New York, yang menerima vaksinasi lengkap dan suntikan penggalak, menghidap gejala-gejala sederhana, kata jurucakap Justin Goodman dalam satu kenyataan.

    “Beliau menghargai keberkesanan vaksin itu dan menggalakkan semua orang untuk sering melakukan ujian dan mendapatkan vaksinasi serta suntikan penggalak,” katanya lagi.

    Goodman berkata Schumer akan membuat pengasingan diri dan bekerja dari rumah pada minggu ini.

    “Sesiapa yang mengenali Ketua Schumer pasti tahu walaupun secara fizikal beliau tidak berada di Capitol, beliau akan meneruskan mesyuarat secara dalam talian dan telefon flip yang menjadi tanda dagangnya akan terus menjalankan tugas dengan jadual padat dan akan terus berhubung dengan rakan sekerjanya,” tambahnya. – AFP

    Gambar fail Chuck Schumer semasa menghadiri persidangan di Capitol, Washington, 22 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...