Ketua militan Al-Qaeda terbunuh

KABUL, 25 OKT – Pasukan Afghanistan telah membunuh seorang militan Al-Qaeda yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) ketika pemerintah hari ini menuduh Taliban masih menjalinkan hubungan dengan kumpulan militan IS.

Abu Muhsin al-Masri, seorang warga Mesir yang dipercayai ketua kedua tertinggi kumpulan itu di benua India, menjadi sasaran di wilayah Ghazni timur, kata agensi perisikan Afghanistan dalam satu kenyataan. Direktorat Keselamatan Nasional tidak memberikan perincian lebih lanjut mengenai operasi tersebut dan bila ia dijalankan. – AFP