Ketua Olimpik Jepun bidas ‘khabar angin tidak bertanggungjawab’

TOKYO, 13 FEB – Penganjur sukan Olimpik Tokyo Khamis lalu menekankan bahawa mereka tidak bercadang untuk membatalkan sukan tersebut disebabkan oleh penularan wabak koronavirus dan sebaliknya membidas ‘khabar angin yang tidak bertanggungjawab’ tersebut.

Hanya tinggal 162 hari sebelum menjelang hari pembukaan sukan tersebut, dan kebimbangan semakin meningkat tentang sukan yang akan dianjurkan oleh Jepun tersebut di tengah-tengah penularan virus di seluruh Asia.

Tapi menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tokyo 2020, Yoshiro Mori, menafikan kebimbangan tersebut pada pertemuan dengan pegawai tinggi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

“Berkaitan dengan koronavirus…terdapat banyak khabar angin yang tidak bertanggungjawab tetapi saya ingin menegaskan bahawa kami tidak bercadang untuk menunda atau membatalkan sukan tersebut,” menurut beliau.

“Kami akan bekerjasama dengan kerajaan kebangsaan dan akan bertindak dengan keadaan tenang,” tegas beliau.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, berjanji akan mengambil ‘langkah teliti’ untuk melindungi orang awam dari koronovirus menjelang Olimpik – AFP

Ketua Pegawai Eksekutif Yoshiro Mori ketika pertemuan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa – AFP