Ketua paderi kutuk serangan pengganas

VATICAN CITY , 17 OKT – Paus Francis pada hari ini mengutuk serangan berbahaya baru-baru ini di Norway, Afghanistan dan Britain, meluahkan solidariti dengan keluarga mangsa dan menganggap keganasan ‘kekalahan bagi semua orang’.

“Pelbagai serangan telah dilakukan pada ming-gu lepas, sebagai contoh di Norway, Afghanistan, England, yang menyebabkan banyak kecederaan dan kematian,” menurut paus tersebut, selepas menyapa orang awam di St.Peter Square atas ucapan dan keberkatan yang disampaikannya dari tingkap Istana Apostolik.

“Saya menyampaikan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” kata Francis.

Di Norway, serangan busur dan panah telah meragut lima nyawa dan menyebabkan tiga orang tercedera.

Di Afghanistan selatan, pengeboman bunuh diri di sebuah masjid telah mengorbankan 47 mangsa dan mencederakan lebih ramai lagi. Kumpulan Islamic State mengaku bertanggungjawab.

Di England, penggubal undang-undang Britain yang bermesyuarat dengan beberapa pengundi tempatan telah ditikam, dan polis sedang menyiasat pembunuhan itu sebagai serangan pengganas.

Polis Norway telah dikritik atas sebab bertindak terlalu perlahan untuk membendung pembunuhan di bandar Kongsberg, mengakui bahawa lima kematian telah berlaku setelah polis pertama kali bertemu dengan penyerang, seorang penduduk tempatan berusia 37 tahun yang mana menurut pihak berkuasa, telah mengaku melaku pembunuhan tersebut dan menjalani penilaian psikiatri. – AP