Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ketua Parlimen ASEAN ikrar jadikan rantau inklusif, mampan

    PHNOM PENH, 24 NOV – Para pemimpin parlimen ASEAN menyatakan komitmen politik mereka secara kolektif untuk membangunkan komuniti ASEAN yang lebih inklusif, mampan dan berdaya tahan, kata Presiden Dewan Negara Kemboja Samdech Heng Samrin hari ini, lapor Xinhua.

    Komitmen itu dibuat pada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Ke-43 di Phnom Penh, ibu negara Kemboja.

    Berucap pada majlis penutupan itu, Samrin yang juga pengerusi Perhimpunan Agung AIPA ke-43 berkata sepanjang mesyuarat lima hari itu, ketua-ketua parlimen ASEAN telah menunjukkan semangat perpaduan dan kesepaduan.

    “Perpaduan dan pemusatan ASEAN telah dipertingkatkan,” katanya sambil menambah “Kami telah berkumpul untuk berkongsi idea, menghasilkan penyelesaian dan cadangan dasar serta menyuarakan komitmen politik kolektif kami untuk membangunkan komuniti ASEAN yang lebih inklusif, mampan dan berdaya tahan.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...